Wednesday 20 April 2011

Ulasan/komen mengenai kelas pengantar pEnulisan^^

Pada pendapat saya, saya berasa bahawa kelas ini yang dipimpin oleh Encik Nasrol Hadi adalah sangat gembira dan berada dalam keaadaan yang tidak mempunyai tekanan.Ini adalah kerana saya sentiasa tidak tahu menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh encik, tetapi encik tidak marah saya sebaliknya mengajar dengan lemah-lembut dan bersabar. Encik seorang yang sabar dan peramah, dia tidah pernah marah kami dalam pengajarannya. Dalam kelas ini, saya dapat mempelajari banyak pengetahuan tentang penggunaan Bahasa Melayu. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Nasrol Hadi kerana encik telah membolehkan saya mengetahui tentang Bahasa Melayu dengan dalam dan membantu saya memperbaiki ayat-ayat dan ejaan yang salah.

Sunday 20 March 2011

SAJAK

Kemuliaan Ibuku
Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Semasa saya
Sedih
Gembira
Runsing
Engkaulah bagaikan kawan dalam hatiku

Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada lukaku
Menceriakan aku
Melunturkan perasaan sedih

Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari masa
Kasih sayang yang dicurahkan kepada aku


Bahasa Figuratif Dalam Penulisan Kreatif
(1) Simile-merupakan perbandingan yang dilakukan secara eksplisit,dengan
           menggunakan kata-kata yang menunjukkan penulis sedang membuat                    perbandingan
    contoh-engkaulah sebagai kawan dalam hatiku

(2) Personifikasi-memberi sifat manusia kepada benda atau idea yang tidak
                  hidup
    contoh- kaulah ubat kepada lukaku

(3) Unsur Perulangan(Asonansi)- pengulangan huruf vokal yang sama.Digunakan untuk                                 efek penekanan dan menimbulkan keindahan
    contoh- kasih sayang yang dicurahkan kepada aku

Tuesday 22 February 2011

Adakah bahan-bahan penulisan kini mematuhi peraturan berbahasa?

Pada komen saya, saya berasa bahan-bahan penulisan masa kini lebih banyak tidak mematuhi peraturan berbahasa.Antara bahan-bahan penulisan yang kurang mematuhi peraturan berbahasa adalah bahan bacaan yang tidak formal seperti majalah, komik,novel dan sebagainya. Bahan-bahan bacaan ini adalah bertujuan untuk menarik perhatian banyak pengguna untuk membeli dan membaca..Jika penulis terlalu menekankan peraturan berbahasa dalam penulisan, ini akan menyebabkan keengganan pembaca membeli bahan bacaan itu kerana penggunaan bahasa yang mendalam dan membosankan. Oleh itu, penulis dapat menghasilkan suatu karya yang boleh menarik perhatian dan minat pembaca dengan tidak terlalu menekankan peraturan berbahasa dalam penulisan. Sebagai contoh, penulis boleh menggantikan  kata-kata yang dipanggil sebagai "bahasa rojak" dalam penulisan mereka bagi menarik minat pembaca dan tidak berasa bosan.

Monday 21 February 2011

Perlukah kesemua genre penulisan mematuhi peraturan berbahasa?

Saya berpendapat bahawa kesemua genre penulisan perlulah mematuhi peraturan berbahasa. Ini adalah kerana percakapan atau penulisan yang menggunakan bahasa yang baik dan teratur akan memberi makna yang mendalam dan dapat menyentuh perasaan seseorang.Jika tidak mematuhi peraturan dalam penulisan, kita akan mudah lupa bahasa yang asal dan betul.Sebagai contohnya, dalam sms, msn atau sembang dalam "facebook", kita suka menggunakan perkataan singkat untuk menjimatkan masa kita.Lama-kelamaan, kita akan mudah lupa bahasa yang asal dan lupakan kepentingan bahasa tidak kira dalam penulisan ataupun pertuturan.Di samping itu, jika tidak menekankan kepentingan peraturan berbahasa dalam penulisan, ini akan menyebabkan bahasa ibunda kita mudah dicemarkan dan memberi imej yang buruk kepada generasi yang akan datang. Justeru, sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya menghargai bahasa ibunda kita dan sentiasa mematuhi peraturan berbahasa dalam penulisan dan percakapan.

Apakah kepentingan memahami peraturan berbahasa dalam menulis?

Bahasa berfingsi sebagai alat komunikasi antara anggota masyarakat melalui cara percakapan, penulisan dan sebagainya. Memahami preaturan berbahasa dalam menulis seperti pengunaan tatabahasa yang betul, penggunaan huruf besar atau huruf kecil di tempat yang sewajarnya dan sebagainya adalah sangat penting kepada semua penulis.
Pada pendapat saya, kepentingan memahami peraturan berbahasa dalam menulis adalah penulis dapat menyampaikan mesej dengan lebih jelas dan tepat supaya tidak berlaku salah faham antara pembaca, kemudahan menterjemahkan dan mudah difahami kerana dapat merujuk kepada kamus..Selain daripada itu, kepentingan juga adalah meningkatkan keyakinan diri melalui penulisan atau pertuturan, segala yang dipertikaikan boleh diselesaikan dengan senang dan sebagainya.Di sebaliknya, penggunaan bahasa yang salah boleh melumpuhkan keyakinan, memberi pengaruh yang buruk kepada pelajar , tafsiran yang salah berlaku dan kesukaran menterjemahkan. 
Contoh penggumaan bahasa yang kurang tepat ialah:
Asal kamu kat sini?
Perlu ditukar kepada:
Kenapa kamu berada di sini?