Tuesday 22 February 2011

Adakah bahan-bahan penulisan kini mematuhi peraturan berbahasa?

Pada komen saya, saya berasa bahan-bahan penulisan masa kini lebih banyak tidak mematuhi peraturan berbahasa.Antara bahan-bahan penulisan yang kurang mematuhi peraturan berbahasa adalah bahan bacaan yang tidak formal seperti majalah, komik,novel dan sebagainya. Bahan-bahan bacaan ini adalah bertujuan untuk menarik perhatian banyak pengguna untuk membeli dan membaca..Jika penulis terlalu menekankan peraturan berbahasa dalam penulisan, ini akan menyebabkan keengganan pembaca membeli bahan bacaan itu kerana penggunaan bahasa yang mendalam dan membosankan. Oleh itu, penulis dapat menghasilkan suatu karya yang boleh menarik perhatian dan minat pembaca dengan tidak terlalu menekankan peraturan berbahasa dalam penulisan. Sebagai contoh, penulis boleh menggantikan  kata-kata yang dipanggil sebagai "bahasa rojak" dalam penulisan mereka bagi menarik minat pembaca dan tidak berasa bosan.

Monday 21 February 2011

Perlukah kesemua genre penulisan mematuhi peraturan berbahasa?

Saya berpendapat bahawa kesemua genre penulisan perlulah mematuhi peraturan berbahasa. Ini adalah kerana percakapan atau penulisan yang menggunakan bahasa yang baik dan teratur akan memberi makna yang mendalam dan dapat menyentuh perasaan seseorang.Jika tidak mematuhi peraturan dalam penulisan, kita akan mudah lupa bahasa yang asal dan betul.Sebagai contohnya, dalam sms, msn atau sembang dalam "facebook", kita suka menggunakan perkataan singkat untuk menjimatkan masa kita.Lama-kelamaan, kita akan mudah lupa bahasa yang asal dan lupakan kepentingan bahasa tidak kira dalam penulisan ataupun pertuturan.Di samping itu, jika tidak menekankan kepentingan peraturan berbahasa dalam penulisan, ini akan menyebabkan bahasa ibunda kita mudah dicemarkan dan memberi imej yang buruk kepada generasi yang akan datang. Justeru, sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya menghargai bahasa ibunda kita dan sentiasa mematuhi peraturan berbahasa dalam penulisan dan percakapan.

Apakah kepentingan memahami peraturan berbahasa dalam menulis?

Bahasa berfingsi sebagai alat komunikasi antara anggota masyarakat melalui cara percakapan, penulisan dan sebagainya. Memahami preaturan berbahasa dalam menulis seperti pengunaan tatabahasa yang betul, penggunaan huruf besar atau huruf kecil di tempat yang sewajarnya dan sebagainya adalah sangat penting kepada semua penulis.
Pada pendapat saya, kepentingan memahami peraturan berbahasa dalam menulis adalah penulis dapat menyampaikan mesej dengan lebih jelas dan tepat supaya tidak berlaku salah faham antara pembaca, kemudahan menterjemahkan dan mudah difahami kerana dapat merujuk kepada kamus..Selain daripada itu, kepentingan juga adalah meningkatkan keyakinan diri melalui penulisan atau pertuturan, segala yang dipertikaikan boleh diselesaikan dengan senang dan sebagainya.Di sebaliknya, penggunaan bahasa yang salah boleh melumpuhkan keyakinan, memberi pengaruh yang buruk kepada pelajar , tafsiran yang salah berlaku dan kesukaran menterjemahkan. 
Contoh penggumaan bahasa yang kurang tepat ialah:
Asal kamu kat sini?
Perlu ditukar kepada:
Kenapa kamu berada di sini?