Sunday, 20 March 2011

SAJAK

Kemuliaan Ibuku
Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Semasa saya
Sedih
Gembira
Runsing
Engkaulah bagaikan kawan dalam hatiku

Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada lukaku
Menceriakan aku
Melunturkan perasaan sedih

Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari masa
Kasih sayang yang dicurahkan kepada aku


Bahasa Figuratif Dalam Penulisan Kreatif
(1) Simile-merupakan perbandingan yang dilakukan secara eksplisit,dengan
           menggunakan kata-kata yang menunjukkan penulis sedang membuat                    perbandingan
    contoh-engkaulah sebagai kawan dalam hatiku

(2) Personifikasi-memberi sifat manusia kepada benda atau idea yang tidak
                  hidup
    contoh- kaulah ubat kepada lukaku

(3) Unsur Perulangan(Asonansi)- pengulangan huruf vokal yang sama.Digunakan untuk                                 efek penekanan dan menimbulkan keindahan
    contoh- kasih sayang yang dicurahkan kepada aku