Monday 21 February 2011

Perlukah kesemua genre penulisan mematuhi peraturan berbahasa?

Saya berpendapat bahawa kesemua genre penulisan perlulah mematuhi peraturan berbahasa. Ini adalah kerana percakapan atau penulisan yang menggunakan bahasa yang baik dan teratur akan memberi makna yang mendalam dan dapat menyentuh perasaan seseorang.Jika tidak mematuhi peraturan dalam penulisan, kita akan mudah lupa bahasa yang asal dan betul.Sebagai contohnya, dalam sms, msn atau sembang dalam "facebook", kita suka menggunakan perkataan singkat untuk menjimatkan masa kita.Lama-kelamaan, kita akan mudah lupa bahasa yang asal dan lupakan kepentingan bahasa tidak kira dalam penulisan ataupun pertuturan.Di samping itu, jika tidak menekankan kepentingan peraturan berbahasa dalam penulisan, ini akan menyebabkan bahasa ibunda kita mudah dicemarkan dan memberi imej yang buruk kepada generasi yang akan datang. Justeru, sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya menghargai bahasa ibunda kita dan sentiasa mematuhi peraturan berbahasa dalam penulisan dan percakapan.

No comments:

Post a Comment